Total Pageviews

Monday, 4 July 2011

TITAH KHAS YANG DIPERTUAN AGUNG MEMBUATKAN PUAK EEE DAN ALAT EEE PENING KEPALA


Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-PertuanAgong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi danjabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd NajibTun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagimenyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifa tkesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Dan sekarang pula batu api mamak Reezal Merican yang memperbodohkan anak muda melayu melalui patriot dan Ibrahim Ali alat Mahathir untuk membusukkan imej melayu yang sopan santun serta berbudi bahasa ini sudah mula pening kepala sama ada mahu meneruskan atau membatalkan perhimpunan ganas mereka.

Umum tahu bahawa perhimpunan BERSIH yang akan diadakan adalah semata-mata untuk menuntut pilihanraya yang bebas dan adil walaupun diketuai Ambiga. Tidak seperti perhimpunan ganas yang hendak dilakukan oleh dua puak yang dipergunakan oleh mamak ini, iaitu semata-mata untuk melaga-lagakan orang melayu dan mempertahankan kuasa melalui apa cara sekalipun walaupun pilihanraya yang kotor seperti yang mereka lakukan selama ini sejak dari zaman Mahathir lagi.
Rakyat boleh menilai sendiri kenyataan-kenyataan ekstrimis mamak ini dan alat ekstremis mamak(Ibrahim Ali) yang lebih banyak mengugut dan menggambarkan seolah-olah ingin melakukan keganasan walaupun tidak disiarkan oleh media arus perdana.
Tidakkah kamu bangsa melayu melihat sendiri sasterawan negara A. Samad Said yang berjuang bersama-sama bersih? Sumbangan Pak Samad adalah jauh lebih mulia dan lebih banyak untuk bangsa melayu itu sendiri termasuk demonstrasi aman ANTI-PPSMI tahun lepas.Adakah kamu nampak kelibat mamak ekstrimis dan Ibrahim Ali(alatmamak) sewaktu perhimpunan ANTI-PPSMI pada tahun lepas? Di mana mereka?
Sudah jelas bukan?Mereka hanya alat dan ejen kumpulan tertentu yang bertujuan melaga-lagakan melayu semata-mata untuk mempertahankan kuasa dan korupsi yang mereka lakukan di belakang orang melayu dan rakyat Malaysia amnya.Mereka juga sentiasa bekerjasama dengan cukong-cukong cina yang kaya raya dan membahagi-bahagikan harta kekayaan Tanah Melayu ini sesama mereka tanpa kita sedari.
Sedarlah wahai orang melayu bahawa kita semua sudah lama ditipu oleh mereka sejak dari zaman Mahathir lagi. Mereka berpura-pura memperjuangkan melayu dengan slogan batu api mereka, tetapi hakikatnya mereka adalah hipokrit besar dan batuapi yang sentiasa mencari peluang untuk melaga-lagakan melayu! Mereka hidup mewah diatas kesusahan dan keperitan orang melayu itu sendiri.

UMNO itu sendiri menjadi sarang mereka untuk mengaut dan mengawal kekayaan bumi melayu ini.Lihat saja macam mana Mahathir menjatuhkan Ku Li seorang yang berdarah istana dan pejuang melayu sebenar sewaktu ketika dahulu. Ku Li yang banyak berjasa pada zaman kegemilangan beliau telah dicantas dengan cara kotor Mahathir. Dan akibatnya melayu berpecah pada waktu itu.Itu yang diinginkan oleh Mahathir, melihat melayu berpecah dan beliau dapat terus berkuasa dengan apa cara sekalipun.

Hasilnya, anak beliau merupakan antara manusia terkaya di Malaysia yang memiliki harta berbillion ringgit.Melayu dapat apa? Kena tipu hari-hari dengan media arus perdana.Ahli politik(UMNO) mereka juga dipergunakan oleh puak-puak mamak ekstrimis ini tanpa disedari. Sedang melayu bertelagah kerana 1 puak mempertahankan kebodohan dan satu lagi menentang kezaliman yang dirancang oleh puak mamak ini, mereka hanya gelak ketawa dan bergembira dengan harta kekayaan yang mereka miliki.

3 comments:

  1. habis kacau la mamak2 ni sekarang...jiwa kacau

    ReplyDelete
  2. tak percaya laa. tipu ni :P

    ReplyDelete
  3. Memang depa ni dah lama menipu ... kita ja dok pecaya...umngok2 sekalian lihatlah sekeliling

    ReplyDelete