Selepas BERSIH (Dato’ Ambiga, Dato’ A. Samad Said dan seorang lagi wakil dari JIM) mengadap TUANKU Yang Di Pertuan Agong semalam, BERSIH bersetuju untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka. Melihat kenyataan positif dan bertolak ansur dari pihak penganjur BERSIH, rakyat mula dapat membezakan baik dan jahat. Sokongan rakyat terhadap BERSIH semakin meningkat! Lebih-lebih lagi anak muda melayu mula sedar dengan kegigihan tokoh pejuang melayu tulen Pak Samad yang menjadi sumber inspirasi mereka.
Reezal Merican mula sedar orang melayu semakin ramai sudah mula beralih arah dan mula menyokong BERSIH. Termasuk mereka-mereka yang sebelum ini diperbodohkan beliau melalui PATRIOT. Beliau semakin tertekan dan sakit hati, lebih-lebih lagi TUANKU Yang Di Pertuan Agong berlaku adil terhadap rakyat dan tidak mahu melihat kaum melayu dan rakyat Malaysia berpecah seperti yang diingankan Reezal Merican.
Bagaikan hilang punca! Kini Reezal Merican seolah-olah terdesak dan kini beliau mula mengapi-apikan keadaan dengan cubaan membantah perhimpunan BERSIH diadakan di Stadium Merdeka. Kenapa? Kerana beliau teringin melihat melayu sentiasa berbalah sedangkan keadaan semakin reda selepas pertemuan BERSIH mengadap TUANKU. Busuknya hati Reezal Merican sampai cuba menanamkan prasangka buruk kaum melayu dengan tuduhan yang bukan-bukan apabila BERSIH ingin berhimpun di Stadium Merdeka.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Berikut petikan berita dari Malaysiakini;
Pemuda Umno bantah BERSIH di Stadium Merdeka
Pemuda Umno hari ini membantahan keputusan BERSIH 2.0 yang memilih Stadium Merdeka sebagai tempat baru berhimpun pada Sabtu ini.
Ketua penerangan pergerakan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, bantahan itu dibuat atas pelbagai alasan, terutamanya atas faktor sejarah tempat berkenaan.
"Kami bantah di Stadium Merdeka. Ia bukan tempat perhimpunan politik. Buatlah di negeri Pakatan Rakyat. Lagi pun Stadium Shah Alam sudah ditawarkan," katanya.
Stadium Merdeka dianggap sebagai tempat istimewa ekoran menjadi tempat di mana kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1967 di hadapan 10,000 orang.
Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga pagi tadi mengumumkan pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini selama dua jam mulai jam 2 hingga 4 petang.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Reezal Merican yang juga pengerusi perhimpunan anti-BERSIH - PATRIOT - mendakwa, keputusan BERSIH memilih tempat itu menunjukan gabungan NGO itu mempunyai agenda lain.
Sehubungan itu, Reezal Merican mengingatkan supaya BERSIH 2.0 tidak "memainkan" Titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini dengan "mencetuskan" perkara tertentu.
"Tindakan mahu berhimpun di Stadium Merdeka menunjukkan mereka ada agenda tersirat," dakwanya lagi.
AHLI PARLIMEN PUN BOLEH KENE TANGKAP.. KALAU EEEEEE TAK PA..MENYALAK LAAA


No comments:
Post a Comment